Life

Banner created with MyBannerMaker.com

09 October 2011

Mood malas.......

Sebenarnya, ada banyak kerja yang perlu dibuat.  Tapi.....bila dah pegang novel, jangan haraplah nak buat benda lain. Selagi tak habis baca novel tu, memang tak terasa nak buat kerja lain.  Cadangan asalnya, nak habiskan proses buku-buku fiksyen yang berlambak kat bilik tu.  Tak boleh nak buat di sekolah sebabnya ada kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB di bilik kerja saya.  Jadi, saya kenalah buat di rumah.  Dalam fikiran, punyalah berangan-angan sekurang-kurangnya dapat siapkan tiga longgokan tinggi yang dah saya susun siap-siap sejak dari hari  Isnin (hari ini sepatutnya hari sekolah tapi pihak sekolah dah mohon cuti peristiwa kerana ada program pada hari  Sabtu) lepas.  Untuk hari Selasa hingga Khamis, memang tak sempatpun nak buat apa-apa dengan buku-buku tu sebab saya menghadiri kursus.

Sudahnya, sehinggalah hari Ahad, saya tak sentuh langsung buku tu. ;(
Tapi, untuk menyedapkan hati sendiri, saya menyediakan bahan-bahan untuk proses ulangkaji murid-murid saya.  Itupun, setelah selesai menonton drama bersiri Jepun di TV8. OK la jugakan...hehehe.  Tinggal seminggu je lagi sebelum  peperiksaan akhir tahun bermula (18 - 21hb Oktober).  Jadi, bolehlah 'cover' balik kerja yang sepatutnya dibuatkan.......    ;P   (helah bela diri....  keh keh keh...)

Itupun, baru je siap 4 muka surat, saya dah mula melayari internet balik...ish ish ish.  Nak buat macam mana, beri alasan ---> nak berehat jap  (hahaha).  Tak pe.....tak pe.....lepas ni, saya sambung la balik. ;)




15 September 2011

Pengalaman Pertama.

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah tugas saya sebagai Petugas Peperiksaan UPSR di SJKT Ladang Krian, Nibong Tebal.  Pelbagai pengetahuan baru diperolehi sepanjang tugasan tersebut.  Secara kebetulan, saya juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas untuk tiga hari tersebut.  Pengalaman yang amat berguna.

Kerjasama dari semua petugas peperiksaan dan guru-guru di sekolah tersebut juga amat baik.  Calon-calon peperiksaan UPSR juga mesra dan berkelakuan baik.  Tiada masalah besar ataupun kecil yang timbul.  Pengalaman pertama yang 'exciting' and 'life-enriching'.  Jika berpeluang, kalau boleh saya berhasrat untuk menjadi petugas peperiksaan di Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC pula.  Mahu melihat jika ada sebarang perbezaan dengan kaedah perlaksanaan di SJKT.


MERDEKA!
Merdeka sementara menunggu keputusan peperiksaan UPSR pada bulan November nanti.









31 August 2011

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2011!



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk kali ke 54.

Begitu pantas sekali masa berlalu. Sudah 54 tahun negara kita merdeka dari penjajah yang hakiki.
Kita beruntung kerana bebas bergerak di negara sendiri tanpa perlu rasa takut dengan ancaman peluru sesat (seperti di Somalia atau Palestin).

Bersyukurlah dengan nikmat kemerdekaan yang diperolehi.
Marilah kita semua bersama-sama mempertahankannya.
Begitu sukar sekali nenek moyang kita dahulu berjuang untuk menamakan 
tanah jajahan ini sebagai bumi Malaysia.
Janganlah kita dengan mudahnya atau sewenang-wenangnya mempertaruhkan tanahair tercinta ini 
ke dalam kancah peperangan dan penjajahan.  
Na'uzubillahi min zalik.



30 August 2011

Eid Mubarak 1432H!


Tanggal 30 Ogos 2011, iaitu hari ini, adalah bersamaan dengan 1 Ramadan 1432H.
 Berlalu sudah Ramadan untuk tahun hijriah kali ini.
Mohon maaf atas segala kekhilafan diri.  
Memang benar kita semua adalah insan biasa, tidak terlepas daripada melakukan 
kesalahan dan kesilapan, yang disedari ataupun tidak.

Jadi, marilah kita bermaaf-maafan kerana belum tentu kita akan bertemu lagi pada Syawal yang akan datang.

Eid Mubarak! Kullu 'amin wa antum bikhoir!!!



08 August 2011

Puasa yang mencabar.....





Ramadan kali ini agak mencabar...
Segala-galanya extra
extra letih...
extra mengantuk...
extra malas :(

Mudah rasa letih walaupun hanya setelah buat kerja yang mudah-mudah je.
Mudah rasa mengantuk ...tak kira masa.  Pada waktu malam, diri dah tak berupaya nak berjaga lama.
Mudah rasa malas.  Banyak kerja yang dirancang untuk dibuat---> tak menjadi.  Sedihnya  :-(

Puasa kali ini memang berbeza dari yang tahun-tahun lepas.  Kenapa ye?
Mungkin sebab suasananya dah agak berlainan...
...suasana sekolah yang baru
...perjalanan ke sekolah yang jauh (lebih kurang 45 minit)
...cuaca?  Mungkin juga.  Agak panas dan membahang.

TAPI rasa-rasanya antara sebab-sebab yang utama adalah KURANG
... keimanan yang mantap
... jati diri yang utuh
... rasa kehambaan yang tinggi
... rasa yang ALLAH tu sentiasa memerhati
... tahap disiplin diri yang konsisten
... rasa bertanggungjawab kepada diri sendiri

KERANA yang sebenarnya...jika saya meletakkan ALLAH di atas segala-galanya, diri akan berusaha juga untuk beribadat kerana saya hidup ini pun di atas ihsan NYA.  

Susah betulkan nak istiqamah.  Jadi, Insya Allah, impian saya supaya saya akan lebih 'energetic' untuk menghadapi hari-hari bakal mendatang.  


01 August 2011

Salam Ramadhan 1432H!



Ramadan yang dinantikan tiba lagi.
Alhamdulillah kerana  kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT
untuk menghirup udara Ramadan dan menjalani ibadat puasa
yang menjadi salah satu Rukun Islam.
Alhamdulillahi Robbil 'Alamiin!!!



Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini memperbaiki 
mutu amalan kita dari segi kualiti & kuantiti.
Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah & rahmatNya kepada kita sepanjang hidup kita.
Ameeen !


18 March 2011

Hadis Ketigapuluh



Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a. daripada Rasulullah SAW, yang bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan maka janganlah kamu mengabaikannya. 
Dan ia telah menetapkan beberapa hudud (batasan), maka janganlah kamu melampauinya. 
Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. 
Dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai suatu rahmat terhadap kamu bukan kerana lupa maka janganlah kamu berbahas mengenainya." 

12 March 2011

Selamat bercuti..... :p



SELAMAT BERCUTI!!!!!


Yeah, cuti sekolah datang lagi.  Masanya telah tiba buat para guru dan murid untuk berehat buat seketika.   Walaupun hanya seminggu, sempatlah juga buat kami untuk menghilangkan lelah bekerja & belajar pada awal tahun ni.

Harap-harap tu kami akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kami setelah buka sekolah nanti.

Guru-guru.....dengan semangat berkobar-kobar mendidik anak-anak bangsa....
Murid-murid.....dengan semangat laksana pejuang-pejuang dalam menuntut ilmu.....

  


Hadis Keduapuluh Sembilan

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka." 

Jawab Nabi SAW : "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."
 
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah."  Sabda baginda : "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."
 
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua perkara ini? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : "Awas, jaga ini baik-baik. " 
Aku bertanya : "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "Baginda lalu menjawab : "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka melainkan hasil tutur bicara mereka."

 

06 March 2011

Hadis Keduapuluh Lapan

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : 
"Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang menggetarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : 'Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. 

'Sabda Rasulullah SAW : 'Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk (daripada Allah) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu). 

Dan jauhilah kamu dari perkara-perkara yang diadakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. ' 

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam dan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.




12 Rabiul Awwal.
tarikh yang bersejarah dalam sejarah manusiawi.
tarikh yang mengubah tamadun peradaban dunia...
dari jahiliah kepada ilmiah...
dari kegelapan kepada cahaya....
dari kezaliman kepada keadilan...
dari kemunduran kepada kemajuan...
dari kebencian kepada cinta kasih sayang...




Pada hari keputeraan baginda kini
marilah kita sama-sama menuturkan salam dan selawat kepada Nabi terunggul
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberikan kesempatan
tergolong dari sebahagian khairo ummah
ummat yang terbaik
sebaik-sebaik ummah
di bawah pimpinan Rasul teragung

juga berdoa agar baginda memberikan syafaat kepada kita
insan alpa yang diulit noda dan dosa, cela dan nista
pada hari yang tiada lagi dapat kita memohon pertolongan selain daripada-Nya
dipermudahkan meniti titian siratul-mustoqim

Ayuh...
mari kita bersama-sama telusuri tawarikh Islami
belajar dari kesilapan lampau
moga tidak kita terulang khilaf yang sama
kerana...hanya yang dikurniakan hikmah
bisa menilai intan dari kaca serpihan
harapan agar kita dari golongan ulul abrar
senantiasa di bawah lindungan rahmat dan inayah
Tuhan sekalian alam




Hati ini rindu.....
rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata
kapan agaknya kita akan bertemu
di bawah naungan mahabbah
menjejaki taman firdausi
menikmati kasih sayang Ilahi
sepertimana yang telah dijanjikan
untuk insan-insan terpilih




Assalamu 'alaika Ya Rasulullah.....
Assalamu 'alaika Ya Habiballah.....
Allahumma solli 'ala saiyidana Muhammad wa 'ala alihi saiyidana Muhammad.






13 February 2011

Tetiba je nak berubah....

Salam. 

Hari ni, entah angin apa yang datang bertiup...tetiba je saya tercatuk depan komputer riba pada penghujung petang dan mendapat idea untuk mengubah 'template' dan 'design' blog ni.  Saja je nak ubah angin...:)

Bukan sekadar tu saje, siap ubah 'font' lagi...untuk 'post text' dan 'post tab'.  Mungkin agaknya saya dah jemu dengan 'template' yang lama.  Tak mustahil juga saya akan ubah lagi 'layout' blog ni pada masa akan datang...hmmm.....Macam laa dah tak ada kerja lain yang nak dibuat..... kih kih kih

Apa-apapun, terasa teruja juga la bila dah dapat penampilan baru ni.  Terus ada mood nak menulis kat blog ni. Nampak gayanya, elok juga kalau sekali-sekala datang 'angin' macam ni...ermm...  Kalau tidak, entah bila pula nak mengatur ayat demi ayat kat sini.

Macam tahun lepas, saya hanya sempat menulis pada 3 - 4 bulan pertama sahaja.  Selepas tu, dah tak ada entri baru disebabkan kekangan masa.  Yelah, sibuk dengan tuisyen STF (Skim Tuisyen Felda), pengurusan kerja sebagai Setiausaha Peperiksaan (Dalaman /UPSR) & Setiausaha Kurikulum dan hal-hal berkaitan dengan Panitia Bahasa Inggeris dan Kelas Tahun 6.  Jadi, kadang-kadang tu, walaupun ada kesempatan 'mengadap' skrin komputer, idea untuk menulis pula tiada.   Begitulah ceritanya......  ;)

Untuk tahun 2011, saya akan cuba untuk memasukkan sebanyak entri yang boleh.  Insya Allah.  Buat masa ni, saya mempunyai ruang masa yang agak terluang.  Selalunya, pada awal tahun, memang begitu.  

Insya Allah, saya akan berusaha untuk kemaskini blog ni dari semasa ke semasa...   :-)






12 February 2011

Warkah Cinta Berbau Syurga & Kala Cinta & Wahyu Bersatu



Karya A. Ubaidillah Alias, seorang novelis al-hafiz yang berasal dari negeri Serambi Mekah. Pemegang Ijazah dalam jurusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Sebuah dwilogi. Buku yang pertama dalam dwilogi tersebut adalah "Warkah Cinta Berbau Syurga" manakala buku yang kedua adalah " Kala Cinta & Wahyu Bersatu."

Sebenarnya, saya sudahpun khatam membaca novel yang pertama pada tahun 2008 dan saya baru terjumpa kesinambungannya dalam novel kedua baru-baru ini. Jadi, saya telah mengulang bacaan novel yang pertama pada hujung minggu lepas bagi mengingati semula jalan ceritanya. Insya Allah, pada hujung minggu ini, saya akan menyambung kesudahan cerita tersebut dalam "Kala Cinta & Wahyu Bersatu" pula.

:-)



03 February 2011

Tiga Kali Seminggu

Ini adalah karya terbaru yang dibaca saya pada masa kini, "Tiga Kali Seminggu".


Sebuah karya Dr. Faisal Tehrani, ia memuatkan 15 buah cerpen beliau. Masih lagi menekankan genre Islami, beliau mengajak untuk bukan hanya sekadar membaca ceritera beliau tetapi juga mencabar minda untuk berfikir dengan cara lebih terbuka berhubung dengan beberapa isu semasa yang melanda umat Islam terkini.

Untuk sesiapa yang berminat dengan pemikiran kritis, dialu-alukan membaca karya beliau ini.

29 January 2011

Aku Mahu....


Ini adalah buku terbaru yang sedang diuliti saya.

Ia merupakan komplikasi 3-dalam-1 iaitu 3 novel dalam 1. Terdapat 3 buah novel di dalamnya :
1- Aku Mahu... Popular
2- Aku Mahu... Saiz S
3- Aku Mahu... Teman Tapi Mesra

Setakat yang saya dah baca setakat pagi ini, ia sesuai untuk golongan remaja (pelajar-pelajar sekolah menengah) kerana ia banyak menyentuh isu-isu keremajaan.

Saya selalu nampak novel-novel karya Ain Maisarah di kedai-kedai buku. Sebelum ini, saya tak berkesempatan untuk membeli. Jadi, teringin juga rasa di hati nak menjelajah hasil karya penulis muda ini.

Walaupun ia lebih kepada remaja, tapi apa salahnya saya membacanya juga kan [kadang-kadang terasa juga seolah-olah saya ni masih seorang remaja .....hmmmm.....remaja di jiwa... =)...]

Harap-harap tu, saya dapat habiskan sesi membaca buku ni pada hujung minggu ni....







20 January 2011

Tahun Baru 2011



Salam Hijrah kepada semua.

Sedar tak sedar kita telah menjengah ke tahun yang baru pula, Tahun 2011. Begitu pantas sekali masa berlalu. Usia kita pula semakin menginjak pergi meninggalkan saat demi saat. Apakah persiapan kita sempena permulaan yang baru ini pula?

Ada yang membuat azam baru. Azam demi azam. Adakah pasti dapat ditunaikan? Hanya diri sendiri lebih arif dengan keupayaan diri. Elok juga kita mengamalkan teknik SMART dalam hal ini:




S - Specific (= spesifik)
M - Measurable (= boleh diukur)
A - Attainable (= boleh dicapai)
R - Realistic (= realistik)
T - Time (= tempoh masa)


Azam kita mestilah spesifik. Dalam erti kata lain, jangan terlalu umum. Contohnya : "Aku berazam hendak menjadi orang yang lebih beriman". "Lebih beriman" itu terlalu umum. Cuba perincikan seperti - "Aku akan menunaikan solat fardu pada setiap waktu, pada awal waktu". Dengan itu, kita akan lebih memberi perhatian kepada usaha yang lebih terfokus.


Azam itu boleh juga boleh diukur. Contoh : "Lebih beriman"- adakah kita boleh mengukur tahap keimanan seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu tahap pencapaian keimanan setiap hambaNya. Apa yang kita boleh lakukan adalah perlakuan ke arah ibadat keimanan yang semakin diperbaiki dari hari ke hari. Contohnya : berazam untuk melakukan solat sunat rawatib mengiringi solat fardu. Ini adalah kerana kita tahu ibadat sunat membantu seseorang untuk lebih dekat dengan Allah, dan secara tak langsung, menambah keimanan seseorang muslim tersebut.


Azam kita juga mestilah boleh dicapai/dilakukan. Kerana itulah, azam tersebut mestilah spesifik barulah kita yakin kita dapat melakukannya. Faktor angka dan kuantiti membantu kita mencapai azam kita tersebut. Contoh : mengerjakan solat fardu 5 waktu.


Adakah azam kita tersebut realistik dan bukannya bombastik? Kita mestilah berpijak di bumi nyata bila kita membuat sesuatu azam. Contoh: berazam mengelilingi dunia dengan berjalan kaki. Secara realitinya, adakah kita pasti dan yakin yang kita mempunyai segala kemudahan fizikal, material dan kekuatan spiritual untuk melakukan azam tersebut. Azam kita mestilah menepati keadaan realiti/sebenar.


Wujudkan juga tempoh masa untuk kita melaksanakan azam tersebut. Jangan berada di awang-awangan. Contoh : Saya hendak menjadi seorang yang kaya. Azam ini juga terlalu umum. Sepatutnya, adalah lebih baik kita berazam seperti ini : Aku akan mempunyai simpanan kewangan sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2011. Untuk itu, kita akan berusaha supaya pada setiap bulan kita akan menolak sejumlah wang tertentu bagi memastikan kita dapat mengumpul wang sebanyak RM10,000.00 pada hujung tahun 2011.


"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"
Kita sebenarnya lebih mengenali keperibadian dan kekuatan kita. Oleh yang demikian, kita lebih arif dengan keupayaan kita dalam menjayakan azam kita sendiri. Buatlah azam mengikut kadar dan ukuran kita sendiri. Jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan kerana setiap manusia dilahirkan berbeza-beza keupayaannya.

Semoga berjaya dalam melaksanakan azam-azam kita semua!!!
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!



27 April 2010

Hadis Keduapuluh Tujuh

Dari An-Nawwas bin Sim'an R.A. dari Nabi SAW yang bersabda:
"Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a :"Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya:
"Engkau datang bertanyakan erti kebajikan? 'Aku menjawab : 'Ya'. Sabda Rasulullah SAW lagi : 'Tanyalah hati engkau.'Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.'"

21 April 2010

Hadis Keduapuluh Enam

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah."

Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri R.A. jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW:
"Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW: "Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah."
Bertanya para sahabat : "Ya Rasulullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."

31 March 2010

Hadis Keduapuluh Empat

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri R.A., dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata:
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekalian meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Sekalian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekalian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu manfaat untuk memanfaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikitpun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaKu! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekalian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri."

Hadis Keduapuluh Tiga

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri R.A., katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya."

23 March 2010

Hadis Keduapuluh Dua

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari R.A. bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW:
"Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya."

Hadis Keduapuluh Satu

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah R.A, katanya:
"Saya pernah bertanya Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW: 'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "

14 March 2010

Hadis Keduapuluh

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya:
Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah: Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.'

07 March 2010

Hadis Kesembilanbelas

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas R.A:
"Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) lalu sabda baginda :
'Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.
Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudarat untuk kamu nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.'

02 March 2010

Hadis Kelapanbelas

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal R.A. dari Rasulullah SAW, sabdanya:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus."

Hadis Ketujuhbelas

Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) terhadap semua perkara. Seandainya kamu membunuh maka bunuhlah secara sempurna dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya."

18 February 2010

Hadis Keenambelas

Dari Abu Hurairah R.A.:
Bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW: "Nasihatilah kepadaku!"
Dijawab oleh Nabi SAW : "Jangan marah!"
Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan: "Jangan marah!"

17 February 2010

Hadis Kelimabelas

Dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya."

Hadis Keempatbelas

Dari Ibnu Mas'ud R.A. katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
"Tiada dihalalkan darah seorang Muslim kecuali atas satu dari tiga sebab: janda yang berzina, jiwa dengan jiwa (membunuh tanpa hak) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah."

15 February 2010

The Personality Traits of the Tiger (Chinese Zodiac)

YEAR OF THE TIGER




The Chinese use the lunar calendar for celebratory events which includes the New Year. This falls somewhere between late January and early February. The cycle of twelve animal signs originates from Chinese tradition as a way of naming the years. The animals follow one another in an established order and are replicated every twelve years. The rat, ox, tiger, rabbit, dragon, snake, horse, sheep, monkey, rooster, dog and pig are the twelve animal signs. Every animal has particular characteristics and people born in a specific year are believed to take on these characteristics.

According to the Chinese Zodiac, the Year of 2010 is the Year of the Tiger, which commences on February 14, 2010 and ends on February 2, 2011. The Tiger is the third sign in the Chinese Zodiac cycle, and it is a sign of bravery. This courageous and fiery fighter is admired by the ancient Chinese as the sign that keeps away the three main tragedies of a household. These are fire, thieves and ghosts.

Tigers are physically powerful, gracious, independent and brave, they are extremely bold animals. They are friendly and loving but can also selfish and short tempered. Tigers seek attention and power; frequently they are envious in a relation. Tigers live dangerously which often leads to trouble. They are intolerant, take risks and are always searching for excitement. Tigers are also instilled with a good dose of courage.

The Tiger has an overpowering attraction and is very kind and always takes on the character as protector. The Tiger flourishes by power and attention and takes advantage of all circumstances it gets itself into. The Tiger is a natural leader and loves to be the centre of attention. As a rebel it goes up against authority and speaks out about wrongs in society, and willingly puts up objections. Even if you don’t agree with the beliefs of the tiger you admire his way to protest.

Just as how their counterparts in the jungle are impulsive, so too are individuals born in the Chinese Year of the Tiger. When people think of tigers, it is their vigor and power that comes to mind first. But it has also been noted that tigers are known to share and are unselfish animals. The reason people admire the tiger is due to the fact that they are ferocious and domineering on the outside, but they are just as noble and distinguished on the inside. These are the same personality attributes that persons will have who are born in the Year of the Tiger.

People that are born in the Year of the Tiger are generally well liked because of their charismatic personalities. Often, failing at a given duty or being unproductive in his personal or professional life can cause a Tiger to experience a deep sense of depression.A Tiger is always at their happiest when they endeavor to climb the ladder of success. Attaining the top spot is his foremost purpose; being in a position of power is her ultimate goal. They are quick learners, need to be challenged and often prefer to work alone. Some Tigers tend to change careers more frequently because they get bored quite easily. They are natural born leaders and perform at their best if working towards positions of power and influence. So once there is no further room for progression, they will often move on to something else.

Anyone that is born in the Year of the Tiger is usually straightforward and outgoing by nature. They will never give up no matter how aggravated they may become. But, they are also full of suspicion and at times will take hasty action. Never lose sight of the fact that Tigers are smart and instinctive.

People born in the Year of the Tiger always take pride in being different from others, and normally demonstrate their originality best in their homes. Their homes are typically filled with exotic possessions. It is no surprise that one of the Tiger’s favorite gemstones is the cat’s eye, but tigers also love the sparkle of rubies and diamonds. They like to spend money, and also to share it. They can be very impulsive spenders because they know they can at all times make more.

The Year of the Tiger is the third year in the cycle of “Heavenly Branches”. Customarily, it is called “Yin”. Those born in the Year of the Tiger are compatible with the horse, dog, and dragons. The year 2010 is another Year of the Tiger. It is the ji-chou year. Jji is the sixth of the Ten Celestial Stems and yin is the third of the Twelve Terrestrial Branches and marks the Year of the Tiger.

Were you born during a Year of the Tiger?
You were if you were born in one of these years:
1902, 1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, and 1998.

Source : http://www.yearofthetiger.net/



Chinese Zodiac - Tiger


Personality
Occupying the 3rd position on the Chinese Zodiac, the Tiger symbolizes such character traits as bravery, competitiveness and unpredictability. Tigers love to be challenged and will accept any challenge if it means protecting a loved one or protecting their honor. They don’t worry about the outcome because they know they’ll always land on their feet. Don’t let their calm appearance fool you though; Tigers will pounce when they feel it’s necessary.

Born to lead, Tigers can be stubborn if they realize they’re not in charge. They have a slight tendency to be selfish but overall, Tigers are extremely generous. They’re very intelligent and they’re always on alert. Tigers are very charming and are well-liked by others. They are not motivated by money or power.


Health
As they do their enemies, Tigers have a tendency to pounce on their work. Afterwards, they’re left feeling exhausted. Although they’ll soon bounce right back, over time this approach can cause problems with their health. Tigers need to develop a more balanced approach to life so they can utilize their energy more efficiently.


Career
Tigers have a continual need to be challenged which may explain why they jump from job to job. This isn’t necessarily a problem because they’re smart and able to quickly master new subjects. The best jobs for Tigers are those that will lead them towards positions of leadership. Some suitable careers for Tigers include: advertising agent, office manager, travel agent, actor, writer, artist, pilot, flight attendant, musician, comedian and chauffeur.


Relationships
Creative in their passion, Tigers will never bore their partners. They’re expressive, polite and trustworthy, but watch out. Tigers tend to dominate their relationships. This tendency is instinctive and when monitored closely, such behavior can be kept under control. Partners need to be equally active to keep up with the Tiger’s sense of adventure.


Tigers and the 5 elements


Metal Tiger – Years 1950 and 2010
Assertive, competitive and sharp, once Metal Tigers set their sights on their goals there’s no stopping them. They’ll always do what’s necessary to remain at the center of attention. Metal Tigers tend to jump to conclusions; a behavior they need to work at improving.


Water Tiger – Years 1902 and 1962
Water Tigers are sensitive and tranquil. They realize that other people have worthy opinions too. They’re very intuitive which makes them good at accurately judging different situations.


Wood Tiger – Years 1914 and 1974
Not feeling the need to be in charge, Wood Tigers work well with others. Others enjoying being around Wood Tigers because they’re very giving individuals. They’re compassionate and willing to do whatever is necessary to help others.


Fire Tiger – Years 1926 and 1986
Expressive, vibrant and a bit eccentric, Fire Tigers are always looking at the positive side of every situation. Because they’re able to generate excitement in others, they’re considered excellent leaders. When Fire Tigers speak, others listen – and do what they’re told!


Earth Tiger – Years 1938 and 1998
More grounded in reality, Earth Tigers don’t get carried away by the circumstances of their situations. Instead, they sit back and evaluate all angles before jumping in. They’re able to stay focused on their tasks; a trait that helps ensure success.


Compatibility

Tigers are compatible with a Dog and a Horse and are incompatible with a Goat and an Ox.


Source : http://www.chinesezodiac.com/tiger.php


Hadis Ketigabelas

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW:
"Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri."

Hadis Keduabelas

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya."

The Triplets 14 Februari 2010

The three Aunis,
Auni Naqibah (the third), Auni Haziqah (the second) and Auni Faqihah (the first).
Triplet ni adalah anak-anak adik saya, Hany,
yang telah dilahirkan pertengahan November tahun lepas.

The first of the triplet, Auni Faqihah.
Sekarang beratnya hampir 3.5 kg.
Masa mula-mula keluar dulu, beratnya hanya 1.3 kg.


The second of the triplet, Auni Haziqah.
Tangan yang berjaya dikeluarkan dari bedungnya.....;)



The third of the triplets, Auni Naqibah.
Yang mempunyai suara paling kuat di antara ketiga-tiganya.


Me (or rather ... my left hand ... :D) and Haziqah.



Comparing the size of my hand and the little one.
Bandingkan tangan saya dan tangan si kecil.....


Lihatlah betapa berbezanya saiz tangan saya dan Auni Haziqah.
Terasanya diri sudah semakin tua ..... ;p