Life

Banner created with MyBannerMaker.com
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts

20 January 2010

Diri yang berpura-pura

Sukar sebenarnya untuk berpura-pura gembira dengan senyuman di bibir seolah-olah diri ini tiada sebarang kegusaran dan kebimbangan.

Hakikat yang sebenarnya hanya diri sendiri yang mengetahui.

Berpura-pura untuk berlagak kuat dan bersemangat

padahal diri rasa lemah longlai mengenangkan kesulitan perasaan di jiwa.

Terasa kosong dan resah namun riak wajah memaksakan ria dan tawa suka.

Tangisan berlagu di raga tiada dapat diluahkan.

Menahan sebak agar titisan mutiara tidak dizahirkan bimbang mengundang curiga mata yang memandang.

Alangkah bahagianya mereka...

jikalaulah ...........

19 January 2010

Rempah ratus kehidupan



Hidup sememangnya penuh dengan pelbagai rempah ratus pelbagai citarasa
Kadangkala pahit menghimpit jiwa dan perasaan
Kadangkala pedas menyenak hati dan fikiran
Kadangkala asin melatah tak tentu hala
Kadangkala manis menyaman minda dan lubuk kalbu
Kadangkala tawar menepukan segala rasa

Rempah ratus berbagai-bagai variasi dan warna
Dikit tak terasa
Melimpah kelat lidahnya
Digaul bersama menambah citra warna
Membuahkan seni
Menyemaikan bahagia

Pilih untuk sederhana
Kelak di ambang gembira
Meminggirkan nestapa
Kita yang menentukan segalanya ...