Life

Banner created with MyBannerMaker.com

31 January 2010

BEFORE YOU

By William Arthur Ward

Before you speak, listen.
Before you write, think.
Before you spend, earn.
Before you invest, investigate.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you retire, save.
Before you die, give.

Hadis Keempat

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya:
"Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara: rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya.
Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka.
Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."

30 January 2010

Hadis Ketiga

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a., berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Islam itu didirikan atas lima (perkara) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."

29 January 2010

Hadis Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata:
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Sipemuda : Benar katamu.

(Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat?
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri; apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
(Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut)
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

28 January 2010

Hadis Pertama


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: -
'Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya.
Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.
Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Takwim peperiksaan awam 2010


31/12/2009 8:55pm


KUALA LUMPUR 31 Dis. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 21 hingga 23 Sept. tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt. tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov. hingga 16 Dis. tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan.

Katanya, peperiksaan lisan Sijil Tinggi Pelajaran Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada 12 hingga 23 Julai, manakala peperiksaan bertulis pada 18 hingga 27 Okt. tahun depan.

"Tarikh tersebut mengambil kira keperluan cuti bagi perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Hari Malaysia, Deepavali, Hari Raya Haji dan Awal Muharam sepanjang tempoh peperiksaan,” katanya. - Bernama


NOTA:
Kenyataan akhbar ini dipetik dari http://utusan.com.my/
Sebagai makluman, setakat hari ini, laman web Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum menyiarkan takwim peperiksaan awam untuk tahun 2010.

27 January 2010

START WHERE YOU STAND

By Berton Braley


Start where you stand and never mind the past,
The past won't help you in beginning new,
If you have left it all behind at last
Why, that's enough, you're done with it, you're through;
This is another chapter in the book,
This is another race that you have planned,
Don't give the vanished days a backward look,
Start where you stand.
The world won't care about your old defeats
If you can start anew and win success;
The future is your time, and time is fleet
And there is much of work and strain and stress;
Forget the buried woes and dead despairs,
Here is a brand-new trial right at hand,
The future is for him who does and dares,
Start where you stand.



26 January 2010

CHANGE YOUR WORLD

By: Brian Tracy


You cannot change the world,
But you can present the world with one improved person - Yourself.
You can go to work on yourself to make yourself
Into the kind of person you admire and respect.
You can become a role model and set a standard for others.
You can control and discipline yourself to resist acting
Or speaking in a negative way
Toward anyone for any reason.
You can insist upon always doing things the loving way,
Rather than the hurtful way.
By doing these things each day,
You can continue on your journey
Toward becoming an exceptional human being.




25 January 2010

FOLLOW YOUR DREAM

By: Amanda Bradley


Follow your dream.
Take one step at a time and don't settle for less,
Just continue to climb.
Follow your dream.
If you stumble, don't stop and lose sight of your goal
Press to the top.
For only on top can we see the whole view,
Can we see what we've done and what we can do;
Can we then have the vision to seek something new,
Press on.
Follow your dream.

24 January 2010

Macam tak percaya

PERCAYA ATAU TIDAK?!

Bila saya membuat carian dengan menaip 'site:delimawatiblogspot.com' dalam google engine search, dah muncul sebagai satu 'result' petang tadi (lebih kurang pukul 6.45 p.m.). Pagi tadi, masa testing taip ayat yang sama, tak ada langsung 'result' yang muncul. Gembiranya!!!

Lepas tu, cuba pula taip 'delimawati blogspot', bila cari dalam laman ke 3, dah ada nama 'Delima' dan delimawati.blogspot.com. Sukanya!!!!!!! Yeay......;p

Sekarang nipun, masih lagi tersengih macam kerang busuk...he he he. Ni yang membuatkan saya lagi bersemangat nak tambah 'posting' / entri dalam blog ni. YES!!!

ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'ALAMIN...

HIDUP DELIMA!!!!! Cayok....cayok...

Raya Haji 27 Nov 2009

Gambar ahli-ahli keluarga yang ada semasa raya haji tahun 2009.
Kami beraya di sini (rumah Hany di Putrajaya) dan bukannya di Penang (my hometown) sebab Hany baru sahaja melahirkan anak dua minggu lepas.
Berdiri: Pet, Caon (sambil mendukung Aqil Rayyan - anak sulung Hany), Farid
dan Zaini (suami Hany)
Duduk : Fathin, saya, Emak, Hany dan Mona.

Pintu masuk ke Masjid Besi, Putrajaya, tempat saya menunaikan
solat sunat Hari Raya Aidil Adha.

Bergambar dengan bonda tercinta (Pn Zawiah Jalaluddin)
selepas sembahyang raya berdekatan dengan tempat sembahyang lelaki.



Agak blur sikit. Fathin (adik bongsu), saya, Emak, Hany (keempat)
dan Mona (adik ipar - isteri Farid).

Di rumah Hany di Presinct 14, Putrajaya.



Pintu masuk ke dalam masjid. Cantik kan.
Macam dibuat dari keluli tapi tak pasti betul ke tak.



Klik gambar lagi di bahagian pintu masuk ke masjid. Cantikkan pemandangannya.....
Saya, Mona dan Emak.





23 January 2010

YOU CAN BE WHATEVER YOU WANT TO BE!

By: Donna Levine


There is i
nside you
All of the potential
To be whatever you want to be;
All of the energy
To do whatever you want to do.
Imagine yourself as you would like to be,
Doing what you want to do,
And each day, take one step
Towards your dream.
And though at times it may seem too
difficult to continue,
Hold on to your dream.
One morning you will awake to find
That you are the person you dreamed of,
Doing what you wanted to do,
Simply because you had the courage
To believe in your potential
And to hold on to your dream.

Kemangkatan Sultan Johor




Rakyat Johor ziarah jenazah Sultan Iskandar mulai pagi ini
23/01/2010 11:01am


AL-FATIHAH



JOHOR BAHRU 23 Jan. – Jenazah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di sini boleh diziarahi segenap lapisan rakyat Johor mulai pagi ini.

Menteri Besar Johor, yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata, waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari,” katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang. - Bernama

22 January 2010

Seminggu sudah.....

Hari ini genap seminggu blog saya ini ke udara. Saya masih lagi ber'experimenting' dengan pembuatan blog ni. Ada banyak perkara baru yang saya pelajari setiap hari.

Perkara yang pertama ialah mengenai membuat posting/entri. Tukar font dan bagaimana nak ada selang satu baris sebelum setiap perenggan yang baru. Rupa-rupanya, saya perlu klik 'icon bullet' dahulu, klik ikon yang sama sekali lagi dan padamkan selang yang tidak dikehendaki. Jika tidak dilakukan sedemikian, semua ayat akan berturutan di antara satu sama lain tanpa ada sebarang selangan. Mesti nampak tak cantikkan, kalau begitu.

Kemudian, cara menukar templates atau skin (background blog kita). Mula-mula saya main-main dulu dengan templates yang telah ada dalam bloggers.com. Tapi pilihan yang ada agak terhad dan tak berapa 'fancy'. Jadi, saya 'browse' website-website lain yang menawarkan 'free download' untuk templates. Saya menemui banyak templates yang cantik. Saya hanya perlu 'save' XML document untuk template tersebut dalam 'My Documents'. Kemudian, masuk semula ke dalam blogger.com, klik 'layout', klik 'edit HTML', klik 'browse' dan 'retrieve' semula fail XML document yang telah kita simpan tadi, 'download' dan 'save'. Setelah itu, kita akan mempunyai template/skin yang baru untuk blog kita tadi. Walaubagaimanapun, kelemahannya ialah kita perlu pasang semula gadget yang telah diinstal sebelum ini kerana bila template baru ditukar, ia hanya menyimpan ('save) segala posting/entri sahaja.

Juga, saya belajar cara untuk memasukkan gadget sama ada yang tersedia ada di dalam bloggers ataupun secara 'free download' dari website yang ada contohnya jam Islamik dan kalendar Islamik dari alhabib.com.

Hari ini saya belajar cara membuat banner free - download dari mybannermaker.com. Melaluinya, saya belajar cara memilih bentuk banner, upload gambar, memasukkan text, effects (seperti blinking, glitter) dan postkan ke blog ini. Anda lihat boleh hasilnya di 'sidebar' blog saya ini.

Semalam, saya melihat feedback dari pelbagai website berkenaan dengan perbezaan di antara bloggers dan wordpress. Saya masih lagi tidak berapa faham sebenarnya mengenai perkara ini. Jadi, saya akan terus membuat 'research' secara kendiri. Jika perlu, mungkin saya juga akan buat 'experiment' dengan wordpress. Sekadar nak rasai sendiri pengalaman menggunakan kedua-dua jenis blog.

Selepas ini saya akan 'discover' pula cara untuk memasukkan 'counter' untuk mengetahui bilangan pelawat yang melawat blog. Saya juga akan 'browse' free 'feedjit widget' dari feedjit.com untuk memasukkan 'live traffic'. Hasil dari kajian saya yang tak seberapa ni, penting untuk memantau traffic pelawat ke blog kita bagi membolehkan 'search engine' seperti 'google' dan 'yahoo' mengesan carian ke blog kita ni. Tak sabar rasanya nak jalan-jalan ke laman-laman web ni.

Pengalaman ber'blog' ini adalah satu adventur tersendiri. 'Trials and errors'. Saya akan terus mencuba dan mencuba. Dalam proses tersebut, pastinya saya akan membuat kesilapan. Tapi, tak mengapa kerana di situ ada hikmahnya. Belajar dari kesilapan. Hikmah yang dipelajari dari kesilapan sebenarnya membuatkan kita lebih awas dan berwaspada. Selalunya, kita akan lebih mengingati dengan lebih lama cara-cara yang sepatutnya bila kita mempelajarinya dari kesilapan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk mencuba dan mengalami satu lagi pengembaraan hebat ini. Ianya membuka lagi minda saya mengenai perkembangan teknologi pada masa kini.

21 January 2010

Tips untuk menghilangkan kesedihan

  • Fikirkan perkara-perkara yang positif.
  • Bergaul dengan rakan-rakan yang 'happy-go-lucky'.
  • Elakkan diri dari unsur-unsur negatif.
  • Rapatkan diri dengan keluarga dan rakan-rakan karib.
  • Bercuti ke destinasi yang telah lama diidamkan.
  • Catatkan perkara-perkara yang menyedihkan di atas kertas, renyukkan, bentukkan menjadi seperti bola dan lempar jauh-jauh (bayangkan yang anda telah membuang kesedihan itu dari terus membelenggu diri anda).
  • Hayati keindahan alam (sentiasa ingat bahawa Allah Berkuasa menghilangkan segala kegusaran serta memperlihatkan keindahan dan kegembiraan).
  • Kembali kepada Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu segala-galanya.
  • Sabar dengan dugaan yang melanda (sesungguhnya Allah hanya menguji hambaNya yang mampu menerima ujian-Nya - percaya bahawa kita diuji untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan juga sebagai kaffarah dosa & mendapat pahala sekiranya kita redha dengan ketentuan-Nya).

20 January 2010

Diri yang berpura-pura

Sukar sebenarnya untuk berpura-pura gembira dengan senyuman di bibir seolah-olah diri ini tiada sebarang kegusaran dan kebimbangan.

Hakikat yang sebenarnya hanya diri sendiri yang mengetahui.

Berpura-pura untuk berlagak kuat dan bersemangat

padahal diri rasa lemah longlai mengenangkan kesulitan perasaan di jiwa.

Terasa kosong dan resah namun riak wajah memaksakan ria dan tawa suka.

Tangisan berlagu di raga tiada dapat diluahkan.

Menahan sebak agar titisan mutiara tidak dizahirkan bimbang mengundang curiga mata yang memandang.

Alangkah bahagianya mereka...

jikalaulah ...........

19 January 2010

Rempah ratus kehidupan



Hidup sememangnya penuh dengan pelbagai rempah ratus pelbagai citarasa
Kadangkala pahit menghimpit jiwa dan perasaan
Kadangkala pedas menyenak hati dan fikiran
Kadangkala asin melatah tak tentu hala
Kadangkala manis menyaman minda dan lubuk kalbu
Kadangkala tawar menepukan segala rasa

Rempah ratus berbagai-bagai variasi dan warna
Dikit tak terasa
Melimpah kelat lidahnya
Digaul bersama menambah citra warna
Membuahkan seni
Menyemaikan bahagia

Pilih untuk sederhana
Kelak di ambang gembira
Meminggirkan nestapa
Kita yang menentukan segalanya ...

18 January 2010

Happiness

Happiness lies in the state of the heart.
One feels happy if the heart is void of sadness.

16 January 2010

A new year, a new beginning

Bismillahir rohmanir rohim.

In the name of Allah, the Most Merciful and the Most Compassionate.

Today marks the first day of my blog i.e. on the sixteenth day of the first month of 2010.

I will endeavour to update my blog from time to time (assuming that career people are always busy and the fact that works will never cease once you start working).

So, for the first day, I will say something about the new year's resolution. Similar to past years, I do not normally have resolutions because from my past experience (especially during my school and university days), I always did not abide by them or fulfil them by the end of the year. Therefore, for the past three years, what I did was, I just have hopes @ inspirations that I desire the most to be achieved...and the trend will continue for this year as well.

So, my hopes for this year shall be:-

a) To be a better "muslimah" and "mukminah". Considering the advancing years in my age, I know it won't be long before my time in this world to be finally over. As such, I have to be prepared from now because you'll never know when my life is going to be "expired".

b) To be more considerate and patient when dealing with other human beings. Sometimes, I can simply get irritated by people's foolish attitudes and behaviours when handling professional matters. Allah, please give me extreme patience and consideration (though friends always tell me that I am patient and calm most of the time, I still need some "extras" features of this noble quality). Amin.

c) To be more financial-prudent. I need to learn effective wealth management and financial planning (because I tend to be more spendthrift than being thrifty).

d) To be more knowledgeable. With the busy life schedule at school, I usually do not have the time to read meaningful books. So, I will try to read at least one book per month.

Allahumma yassir walaa tu 'assir.