Life

Banner created with MyBannerMaker.com

19 January 2010

Rempah ratus kehidupan



Hidup sememangnya penuh dengan pelbagai rempah ratus pelbagai citarasa
Kadangkala pahit menghimpit jiwa dan perasaan
Kadangkala pedas menyenak hati dan fikiran
Kadangkala asin melatah tak tentu hala
Kadangkala manis menyaman minda dan lubuk kalbu
Kadangkala tawar menepukan segala rasa

Rempah ratus berbagai-bagai variasi dan warna
Dikit tak terasa
Melimpah kelat lidahnya
Digaul bersama menambah citra warna
Membuahkan seni
Menyemaikan bahagia

Pilih untuk sederhana
Kelak di ambang gembira
Meminggirkan nestapa
Kita yang menentukan segalanya ...

No comments:

Post a Comment