Life

Banner created with MyBannerMaker.com

21 January 2010

Tips untuk menghilangkan kesedihan

  • Fikirkan perkara-perkara yang positif.
  • Bergaul dengan rakan-rakan yang 'happy-go-lucky'.
  • Elakkan diri dari unsur-unsur negatif.
  • Rapatkan diri dengan keluarga dan rakan-rakan karib.
  • Bercuti ke destinasi yang telah lama diidamkan.
  • Catatkan perkara-perkara yang menyedihkan di atas kertas, renyukkan, bentukkan menjadi seperti bola dan lempar jauh-jauh (bayangkan yang anda telah membuang kesedihan itu dari terus membelenggu diri anda).
  • Hayati keindahan alam (sentiasa ingat bahawa Allah Berkuasa menghilangkan segala kegusaran serta memperlihatkan keindahan dan kegembiraan).
  • Kembali kepada Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu segala-galanya.
  • Sabar dengan dugaan yang melanda (sesungguhnya Allah hanya menguji hambaNya yang mampu menerima ujian-Nya - percaya bahawa kita diuji untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan juga sebagai kaffarah dosa & mendapat pahala sekiranya kita redha dengan ketentuan-Nya).

No comments:

Post a Comment