Life

Banner created with MyBannerMaker.com

27 April 2010

Hadis Keduapuluh Tujuh

Dari An-Nawwas bin Sim'an R.A. dari Nabi SAW yang bersabda:
"Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a :"Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya:
"Engkau datang bertanyakan erti kebajikan? 'Aku menjawab : 'Ya'. Sabda Rasulullah SAW lagi : 'Tanyalah hati engkau.'Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.'"

21 April 2010

Hadis Keduapuluh Enam

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah."

Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri R.A. jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW:
"Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW: "Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah."
Bertanya para sahabat : "Ya Rasulullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."