Life

Banner created with MyBannerMaker.com

22 January 2010

Seminggu sudah.....

Hari ini genap seminggu blog saya ini ke udara. Saya masih lagi ber'experimenting' dengan pembuatan blog ni. Ada banyak perkara baru yang saya pelajari setiap hari.

Perkara yang pertama ialah mengenai membuat posting/entri. Tukar font dan bagaimana nak ada selang satu baris sebelum setiap perenggan yang baru. Rupa-rupanya, saya perlu klik 'icon bullet' dahulu, klik ikon yang sama sekali lagi dan padamkan selang yang tidak dikehendaki. Jika tidak dilakukan sedemikian, semua ayat akan berturutan di antara satu sama lain tanpa ada sebarang selangan. Mesti nampak tak cantikkan, kalau begitu.

Kemudian, cara menukar templates atau skin (background blog kita). Mula-mula saya main-main dulu dengan templates yang telah ada dalam bloggers.com. Tapi pilihan yang ada agak terhad dan tak berapa 'fancy'. Jadi, saya 'browse' website-website lain yang menawarkan 'free download' untuk templates. Saya menemui banyak templates yang cantik. Saya hanya perlu 'save' XML document untuk template tersebut dalam 'My Documents'. Kemudian, masuk semula ke dalam blogger.com, klik 'layout', klik 'edit HTML', klik 'browse' dan 'retrieve' semula fail XML document yang telah kita simpan tadi, 'download' dan 'save'. Setelah itu, kita akan mempunyai template/skin yang baru untuk blog kita tadi. Walaubagaimanapun, kelemahannya ialah kita perlu pasang semula gadget yang telah diinstal sebelum ini kerana bila template baru ditukar, ia hanya menyimpan ('save) segala posting/entri sahaja.

Juga, saya belajar cara untuk memasukkan gadget sama ada yang tersedia ada di dalam bloggers ataupun secara 'free download' dari website yang ada contohnya jam Islamik dan kalendar Islamik dari alhabib.com.

Hari ini saya belajar cara membuat banner free - download dari mybannermaker.com. Melaluinya, saya belajar cara memilih bentuk banner, upload gambar, memasukkan text, effects (seperti blinking, glitter) dan postkan ke blog ini. Anda lihat boleh hasilnya di 'sidebar' blog saya ini.

Semalam, saya melihat feedback dari pelbagai website berkenaan dengan perbezaan di antara bloggers dan wordpress. Saya masih lagi tidak berapa faham sebenarnya mengenai perkara ini. Jadi, saya akan terus membuat 'research' secara kendiri. Jika perlu, mungkin saya juga akan buat 'experiment' dengan wordpress. Sekadar nak rasai sendiri pengalaman menggunakan kedua-dua jenis blog.

Selepas ini saya akan 'discover' pula cara untuk memasukkan 'counter' untuk mengetahui bilangan pelawat yang melawat blog. Saya juga akan 'browse' free 'feedjit widget' dari feedjit.com untuk memasukkan 'live traffic'. Hasil dari kajian saya yang tak seberapa ni, penting untuk memantau traffic pelawat ke blog kita bagi membolehkan 'search engine' seperti 'google' dan 'yahoo' mengesan carian ke blog kita ni. Tak sabar rasanya nak jalan-jalan ke laman-laman web ni.

Pengalaman ber'blog' ini adalah satu adventur tersendiri. 'Trials and errors'. Saya akan terus mencuba dan mencuba. Dalam proses tersebut, pastinya saya akan membuat kesilapan. Tapi, tak mengapa kerana di situ ada hikmahnya. Belajar dari kesilapan. Hikmah yang dipelajari dari kesilapan sebenarnya membuatkan kita lebih awas dan berwaspada. Selalunya, kita akan lebih mengingati dengan lebih lama cara-cara yang sepatutnya bila kita mempelajarinya dari kesilapan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk mencuba dan mengalami satu lagi pengembaraan hebat ini. Ianya membuka lagi minda saya mengenai perkembangan teknologi pada masa kini.

No comments:

Post a Comment