Life

Banner created with MyBannerMaker.com

04 February 2010

Hadis 40

Dah lama tak menulis kat blog ni. Cuma sempat masukkan hadis-hadis Nabi dan 'motivational poems'. Sebenarnya, idea memasukkan hadis-hadis ni bukan saje-saje untuk mengisi 'posting rate' tapi lebih kepada peringatan kepada diri sendiri. Kadang-kadang tu tak sempat nak membuka kitab-kitab agama, jadi dengan cara membaca sekurang-kurangnya satu hadis sehari, dapatlah saya mengingatkan diri sendiri berkenaan dengan tanggungjawab seorang Muslim. Memang semasa belajar di sekolah menengah dan universiti dulu, dah baca hadis-hadis tersebut sebagai sebahagian dari sukatan pelajaran. Tapi, bila dah lama ditinggalkan, memoripun semakin kurang dan lama-kelamaan ingatan tentang hadis-hadis tersebut kian pudar. Dengan lain kata, ini sebagai satu bentuk ulangkaji semula. Harapannya, saya akan kembali menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Insya Allah.

Sebagai makluman, Hadis 40 ini merupakan satu koleksi hadis-hadis yang telah disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab yang dikarangnya. Kitab tersebut dinamakan "Matan Arba'in". Ia mengandungi empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW. Mauduk (tajuk) yang ditekankan adalah mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam.

No comments:

Post a Comment